BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran

Salam lebaran tuk semua.... raya dah nak menjelma nie.. suke suke suke walopon puasa aku tak cukup sebulan. Ramadhan akan berakhir....:( , dapatkah agaknya aku merasai nikmat ramadhan pada tahun depan?


So macamana dengan persiapan raya korang? Aku? eheee standard la, baju sure 2, 3 pasang huhuhuhuhu. Kueh? Of course 6 balang. Suami? Anak-anak? Settle sume. Hahahahaha poyo je kan. Persiapan aku tetap macam biasa, tak berlebih-lebih dan tak juga terlalu kurang. Persiapan yang seadanya. Kueh raya tu takde la berbalang-balang. Untuk aku adalah dalam 5 jenis. Semuanya aku beli sebalang-sebalang jer. Takmo membazir macam tahun lepas.. berbuang kueh raya aku sbb terlupa nak buka. Tahun nie macam biasa gak aku beli kueh lebih untuk mak ngan mummy. Kakak ipar aku pon ada gak mengirim tahun nie kueh raya, tu yang nampak macam banyak je aku oder kueh raya padahal orang punya.


Tahun nie turn aku balik raya rumah mertua kat Temerloh. Memang dah macam standing instruction dah jadual balik raya nie since memula kawen lagi 13 tahun dulu. Takyah sesibuk nak pening kepala & bergaduh pikir nak balik mana. Yang penting raya kedua selepas lunch kena gerak balik kampung satu lagi la. Tu je law dia.


Suasana raya kat Temerloh tak lah semeriah suasana raya kat kampung aku sebab kat Temerloh mertua aku duduk rumah teres kat tengah-tengah bandar Temerloh tu. Depan Supermarket KS Mart belakang lak deretan kedai. Nak parking kete pon susah. Jalan sesak semedang kat sana tu. Nasib baik kedai ngan supermarket dekat so boleh lah jalan kaki jer.


Ramai kawan-kawan opis aku cuti dah harinie (Jumaat).... isk isk isk apalah yang dorang nak buat tu ek cuti awal2 sangat. Kalo nak balik kg jejauh tu paham la aku.. nie setakat duk Ampang... Kajang.. Jln Ipoh...... hadoyaiiiiii nak kata korang masak? tak mungkin eheeee kemas rumah tu leh la kot. Tapi aku dengar ada yang nak g beli santan nie!!!!!! Awal lagi weeiiiiiiiiiii hahahahahahahahahahahahahahaha


Malam nie aku baru nak start kemas rumah. Tak tau nak mula dari mana... bilik? ruang tamu atas? dapur? ruang tamu bawah? aiseyyyyyyy nak tukar langsir gak malam nie. Tapi langsir lama je laaa sebab aku takde napsu nak g tempah langsir 2, 3 tahun kebelakangan nie. Maybe sebab aku takde tempat nak simpan langsir2 lama aku tu kot. Oklah gak.. lama pon lama lah orang bukan tahu pon. :D Habuk-habuk sume aku nak kerah askar2 wataniah tu tolong lap kan kalo tak aku cantas duit raya dorang tahun nie :P Sabtu nak g cari kasut Haziq sebab dia sorang je lagi belum ada kasut (tak pernah ada pon sebenarnya sebelum nie sbb dia suka pakai selipar). Hantar jejantan gi potong rambut bagi nampak hensome sikit masa nak ambil gambar nanti. Lepas tu boleh la aku start packing baju sume. Hari Ahad lepas zohor leh start gerak balik Temerloh dah. Harap2 jalan tak berapa jam la eheeee... pernah ke lebuhraya karak tu tak jam?


So Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin untuk semua ya. Berhati-hati ketika memandu nanti. Jangan main mercun.. bahaya, main bunga api jer. Makan tu nanti beringat sikit... nanti jangan sibuk komplen baju tak muat la... apa laaa... bla bla bla. Erkkkk duit raya tuk aku takde ke weiii

Thursday, August 18, 2011

LaVein & VS

Harinie aku ter"rajin" la pulak so akupon mengupdatekan blog aku nie dengan entry yg dah hampir basi tapi masih segar dalam ingatan ku.... Jumaat akhir sebelum puasa haritu, aku dengan gang Office... bukan geng sengal tau telah pergi makan2 sempena menyambut ramadhan. Tempat nie aku pernah tengok dalam satu blog tu tapi tak ingat dah blog sapa. Nampak cantik je dalam dia. Officemate aku yg sorang nie slalu gak g makan kat sana so aku paksa la dia bawak aku ngan yg lain pergi sana...& belanja skali eheeeee. Nama tempat nie "LeVain Boulangerie Patisserie" terletak kat Jln Delima Off Jln Imbi. Kat mana? Korang google sendiri ya. Nampak dari luar macam biasa jer tapi kereta penuh parking kat dalam dengan luar premis nie. Tapi kat dalam dia.. wallaaaaaaaaa cun giler. Aku sukerrrr


LeVain nie ada 2 tingkat. Sebelah luar pon ada area untuk duduk juga. Simple but nice. Masukjer dah semerbak bau roti. Wangiiiiiiii. Selection dia banyak dan comel2 je design roti dia. Huhuhu kecur air liur aku. Semua nampaksedap je. Sorrylah gambar kelabu je sbb aku pakai henpon aku yang chokia nie jer untuk snap2 kat dlm tu


Nie adalah muka2 yang dah kekenyangan. Puas hati dengan kualiti food dia... suasana pon nyaman. Nak dating pon ok tempat nie eheeeeee







Ohhh sebelum terlupa, nak cite gak... dah masuk 6 bulan rasanya aku dengan 3 orang lagi kawan buat business jual product Victoria Secret. Alhamdulillah setakat nie jualan amat memberangsangkan. Dah beratus botol dah rasanya we all jual. Market kat dalam bangunan menara nie jer tapi ada gak we all sub kat tempat lain. Body mist, Body Lotion & Body Wash semua dengan satu harga iaitu RM50 sebotol. Terdapat pelbagai bau2an yg teramatlah harumnya







Kalo terasa nak wangi jugak macam aku or orang lain.... meh la oder ngan aku. :D

Settle sudahhh

Hmmmmm selepas berhempas pulas menyelesaikan kerja2 yg tertangguh akibat tak cukup kaki tangan.... akhirnya aku dapat bernafas dengan sangat aman. Tiada lagi timbunan kertas-kertas AA yg penuh bagaikan kubu disekeliling meja aku sampaikan dah tak nampak dah aku kat situ. Semua masalah selesai selepas aku mendapat rakan sekerja yang baru. yeahhhhhhhhh. Separuh bebanan yang dipikul telah kuserahkan kat ahli baru kat dept aku nie. Alhamdulillah. Ce tengok meja keliling aku nie penuh ngan paper Application & Accomodation.... muntah darah dah aku ngan benda nie Aku dah settlekan sume dah. Dah selamat pon aku filing dalam lemari untuk disimpan selama 2 tahun sebelum aku humpan kat orang beli old newspaper tu. So tempat aku dah back to normal smula, just ada AA yg latest je. No more backloq. harap2 laa eheeeeeeeee





So takyah tunggu tahun barulah nak buat azam baru..... jangan biarkan diri diselubungi AA....

Wednesday, August 17, 2011

..........memory

Keje aku yg bertimbun dulu dah selesai eheeeeeeeeeee. so kira sume dah on track smula la keje aku. Masa aku tengah kebosanan, aku terjumpa gambar masa aku mula2 nak masuk rumah dulu. Masa tu 2 hero aku kecil lagi.... windu masa dorang kecil2.
eheeeee giler lain dah dorang bila dah besar nie.

Mana Mak?

Aku dapat email dari kawan aku Jujana... beriya aku nanges masa baca story dalam email tu. walopon nampak dari luaran aku macam wanita kental.... hakikatnya aku amat sensitif. isk isk isk baca email pon nanges.......
Sebab aku rasa email tu bagus dan berbaloi untuk dibaca, so aku share lah kat blog nie juga kalo ada sapa2 yang nak baca ler...

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?’
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, "Entah."

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA
BERSIARAN DARI TEMERLOH
SEMOGA DUGAAN HARI PERTAMA INI DAPAT DILALUI DENGAN JAYANYA OLEH ANAKKU YANG BER-4
MENUNGGU MASA UNTUK MENYERBU BAZAR RAMADHAN DITEPI SUNGAI TEMELOH
AKPK...AKPK AYOKKKKKKKK........