BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 27, 2010

Mummy Firaz Bufday

TODAY IS MS BULAT BUFDAY......
HAPPY BUFDAY MY DEAR SIS
MAY ALLAH BLESS U FOREVER


eerkkkk sorry gambar tak sempat nak brush eheeeee

Wednesday, December 22, 2010

Victoria Secret 4 sale

VICTORIA SECRET GARDEN COLLECTION
FOR SALE

hubungi saya kalo mau oder.....

mulah... mulah...

Wednesday, December 8, 2010

Erkkkk

Erkkkk Bulat dah update blog dia.. eheeeee
aku pon banyak benda nak cerita nie..
banyak gambar nak letak...
tapi aku adalah sangat
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
MALAS


SEKIAN.

Tuesday, November 9, 2010

Hepi bufday Nahar...

HAPPY BUFDAY 2 U.....
HAPPY BUFDAY 2 U .....
HAPPY BUFDAY TO MY DEAR NAHAR...
HAPPY BUFDAY 2 U......
Semoga hari-hari yg mendatang dilimpahi dengan
rahmat Allah.

Monday, November 8, 2010

Dakwah

Cerita nie aku copy dari forum kat SU.Net. best cite nie.....

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.


Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

Sunday, October 31, 2010

streamyx baru on harinie. Hangin betul. Since friday takleh masuk tenet. Bulan nie aku takmo bayar bill. Biar.

Nak update blog.... Laptop dah kena culik la pulak. Guna phone cam tak bape best la. Hmmmm 1 November 2010.... Aku kini telah masuk ke dalam keluarga baru di mebeng... Sayonara Risk.... Welcome Audit eheeeeeee.

Last thursday all Head kat CRM bawa all of us kat CR makan kat Shangrila.

Moga tunggak keluarga yg baru memberikan keadaan yg lebih menyakinkan... Ahkkkkkk

Friday, October 29, 2010

TQ Dzu

Wednesday, October 27, 2010

Darling,

I need this

v

v

v

v

Pleaseeeeeee

Hmmmm...

BOSAN

ADAKALANYA KITA KENA JAGA HATI SENDIRI.......

KERANA ORANG TAK AKAN PEDULI

Tuesday, October 19, 2010

How 2 improve life

  1. Don't compare your life to others' . You have no idea what their journey is all about.
  2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
  3. Don't over do ; keep your limits
  4. Don't take yourself so seriously; no one else does
  5. Don't waste your precious energy on gossip
  6. Dream more while you are awake
  7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
  8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
  9. Life is too short to waste time hating anyone . Don't hate others.
  10. Make peace with your past so it won't spoil the present
  11. No one is in charge of your happiness except you
  12. Realize that life is a school and you are here to learn.
  13. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
  14. Smile and laugh more
  15. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
  16. Call your family often
  17. Each day give something good to others
  18. Forgive everyone for everything
  19. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
  20. Try to make at least three people smile each day
  21. What other people think of you is none of your business
  22. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch .
  23. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do .
  24. GOD heals everything
  25. Do the right things
  26. However good or bad a situation is, it will change
  27. No matter how you feel, get up, dress up and show up
  28. The best is yet to come
  29. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
  30. When you awake alive in the morning, thank GOD for it - DON'T GRUMBLE & SPOIL OTHER PEOPLE'S MOOD TOO..
  31. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

Monday, October 18, 2010

4 U Cayang....

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami
Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi
Di hati
Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;
Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..
Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku
Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?
Lafaz ikrarku buat selamanya...
Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup..
tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu...

Wednesday, October 13, 2010

hati

Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam. Untuk merialisasikan kenyataan tersebut, banyak perkara yang perlu kita lakukan. Antaranya apakah kita bersedia untuk memberikan kemaafan kepada seseorang yang pernah berbuat salah, menyakiti dan mengguris perasaan kita?

Oh, hati masih luka, Jiwa kita yang masih nakal-nakal dan nafsu yang belum matang ini masih terasa amat berat untuk mencetuskan sebuah kemaafan. Walhal memberi kemaafan itu merupakan satu perjuangan dan pengorbanan bagi melaksanakan perintah Allah. Malah kemaafan juga merupakan antara sunah Rasullah SAW yang sangat dianjurkan.

Yang peliknya, kita mahu dan bersyukur kalau Allah SWT memaafkan salah-silap kita. Kita suka pula andainya orang lain memaafkan kekhilafan dan keterlanjuran kita, tetapi untuk kita memberikan kemaafan, tidak sekali-kali! Makna, berlalulah hidup kita, saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, sehari ke sehari dalam murka Allah dan laknat sekalian makhluk.

"........Kalau benar kamu suka Allah mengampunkan dirimu, maka berikanlah keampunan kepada hamba-hamba-Nya. Kalau kamu suka Allah memaafkan dosa-dosamu itu, maka berikanlah juga kemaafan kepada hamba-hamba-Nya. Kurnia dan ganjaran Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah menuruti jenis kebaikan (amalan) yang kita lakukan sesama manusia......"


Pada setiap malam, sebelum melabuhkan diri di kamar tidur, berbuatlah sesuatu yang boleh mengundang rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah ke atas diri kita. Boleh jadi, mata kita akan terpejam buat selama-lamanya

Kenapakah hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta dan terkunci? Jawapan kepada persoalan tersebut tidak lain sidebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepasa Allah SWT. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran. Dasa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran.

LEMBUTKANLAH HATIMU......
nescaya episod hidupmu akan lebih bermakna

Tuesday, October 5, 2010

Memang Bukan Rezeki Ku :-(

Harinie cuti sebab nak hantar darling g hospital
hajat hati lepas tu nak lah g cari handbag yg diidam2kan sangat
kat 'Primavera" The curve sebab kat KLCC dah
tak ado stok.
Dengan penuh semangat waja aku g cari kedai tu. Sampai2 jer
aku trus melulu masuk carik beg tu..
tapi..... cari punya cari tapi macam tak nampak jer
kat display rak tu
errrr encik handbag yg design nie takde ke (sambil tunjuk
gambar dari hp)
Sorry kak, yg nie takde stok kat sini!!!!
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sialan betul la
Dari KLCC sampai ke The Curve aku cari
ADAKAH MEMANG DITAKDIRKAN AKU TAK
AKAN DAPAT MEMILIKI BEG TU??????

Tuesday, September 28, 2010

GGIRL BUFDAY

HAPPY BUFDAY MY DEAR WANI & WINA
DAH GENAP 8 TAHUN DAH UMUR KORANG
UMMI SAYANGGGG SANGAT NGAN KORANG
MOGA WANI & WINA AKAN MEMBESAR
MENJADI ANAK-ANAK YG BAIK
DAN YANG MENDAMAIKAN HATI UMMI


Tuesday, September 21, 2010

HaNbAg

Darling......
tadi I g KLCC kan...
I ternampak handbag nie kat satu kedai tu...
Cantikkkk sangat dekat mata I....
Tak mahal .. sebab u taukan I tak suka beli barang mahal
Dekat 10 minit i dok belek beg tu tadi..
Kalo ikutkan hati, I dah beli dah tadi
Tapi...
I nak minta izin u gak sebelum beli
So sempena anniversary kita yang ke-12
apa kata U hadiahkan I beg nie jer..
Takyah lah emas permata sume tu
Kalau U bagi I beg nie, I dah berbesar hati dah
Leh la yer Darling.......




Ummi nak ayam masak kuah kuning....

haziq sangat suka makan masak lemak cili padi.
kalo boleh tiap hari nak lauk tu jer.
takde isi pon takpe asalkan ada kuah kuning.
so since raya belum ada lagi masak lauk kuah kuning nie, maka
dengan cekal n gagahnya semalam ummi pon masaklah lauk
kegemaran haziq nie. minggu nie dia g sekolah agama jer sebab
sekolah kebangsaan masih cuti sempena UPSR.
ggirl je hantar g umah baby sitter, haziq duduk rumah sbb syafiq
tak sekolah, so dia g sekolah agama naik basikal.
lunch harinie kira dah settle untuk dorang...
syafiq takyah g beli food for lunch.
hasil lepas berhempas pulas masak malam tadi
kuah kuning ayam kesukaan haziq

sambal tumis udang untuk syafiq
sebab syafiq dah boring makan kuah kuning ;p
erkkk malam nie nak masak apa lak ek?
idea... idea... idea...

Tuesday, September 14, 2010

happy anniversary

12hb september 2010 merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yg ke-12 tahun. Baru sekejap je rasanya melayari bahtera rumahtangga..... Bermacam-macam rintangan dan dugaan dah dilalui. Pahit manis sume dah ditelan. Anak pon dah ada 4.
Ya Allah, kau limpahkanlah kepada kami kurniaan mu serta janganlah kau pisahkan kami sehingga kehujung nyawa kami...

Thursday, September 9, 2010

Balik Kampung ooooo Balik Kampung

Balik kampung ooooo balik kampung ..... hati riangggg
yehaaaaa sekejap lagi saya mau balik kg.
Tahun nie menyambut hari raya bersama ibubapa terchenta
baju --------> done
kueh raya -----------> done
langsir baru untuk mak --------> done
tudung ----------> done
kasut ---------- done




erkkkkkk 5 buah beg untuk 6 orang...... ok kan? taklah banyak kan?
Rasa-rasa muat tak bonet keta wira aku nie? Padahal nak balik 5 hari jer......
tak sabar betul nak balik nie, windu pada kampung halaman

cepatlah pulang suamiku...... kampung halaman sudah melambai-lambai
ku pulang

Wednesday, September 8, 2010

udah udah la tu

syawal bakal menjelma.... segala persiapan sudah selesai. tahun nie 2 kali g melawat jalan TAR. ramai giler orang. beli barang pon aku tengok macam murah jeeee. ngeri den. semalam g cari tudung kat jln TAR. penat giler. masuk Ariani kengkonon nak beli tudung sarung yg berkaler-kaler tapi tak jumpa lak yg berkenan dihati. puas dok membelek kat gerai2 tu tapi tetap tak jumpa gak. malas dah aku. last aku strai g bawal xclusive. beli je kat ctu sume. selesai. terbang RM175. belasah jer laaa pakai baju plain ngan tudung plain. lepas tu g Sogo cari baju tuk abah lak... hampir terlupa baju orang tua tu. kat Sogo pon ramai betul orang ingatkan dah kurang sebab sekolah dah start cuti tapi lagi ramai rasanya. lepas dapat baju abah g cari pakaian dalam pula.. nie wajib beli setiap kali nak raya.. eheee tak tahulah apa kaitan dia. kat Sogo habis RM204. lepas tu ingat nak g cari selipar raya.... takdo yg berkonan la pulak. penat dah... balik opis sebab dah hampir 3 jam bersoping eheeeeeee




harinie ingat takmo keluar dah sebab penat semalam tak hilang lagi tapi Izan call kata nak jumpa lak.... nak bagi duit raya tuk bebudak katanya (nak minta maaf la tu sbb banyak dosa ngan aku) ehee. lepas borak lebih kurang trus aku hangkut dia g Mydin skali cari selipar raya. hasilnya

.
.
.
.
.
v

taraaaaaa inilah selipar raya den. eheeeeee sangat jimat. kurang dari budget. so darling i keep the change ek!!!!

Izan pon terbeli gak selipar yang sama tapi takpe sbb dia raya Ipoh tahun nie. so selesai sudah persiapan raya den. esok nak balik kg. dah. semoga selamat sampai ke kg esok. windu dah nak berkumpul ngan yang lain. tahun nie abg yus ngan abg dang takde. sob sob sob....

SELAMAT HATI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, September 3, 2010

TERIMA KASIH ALLAH
DENGAN LIMPAHAN REZEKI YANG KAU
TURUNKAN PADAKU DAN KELUARGA KU
SESUNGGUHNYA KAU
MAHA MENDENGAR
&
MAHA MENGASIHI

Thursday, September 2, 2010

kueh.... kueh... kueh

mari mari mari kuih raya sudah mari.... eheeeeee giler arrr. aku rasa kuih raya aku oder sikit jer tapi tetiba cam banyak lak hahahahahha. smalam dah dapat separuh kuih dari k rab. ehhh yg dalam kotak tu bukan saya punya.... yg tu tempeyek Emma punya.




Dalam pukul 9 tadi tetiba k aisyah call..
k aisyah : " Eda, kuih yg Eda oder tu dah sampai!"
aku : aku?????? bila pulak aku oder ngan ko nie kak?
k aisyah : iyerla nie aku tulis Eda nie nama ko lah kan?
aku : errr kuih apa tu? orang tak ingat arrr
k aisyah : kuih coklat chip la.. ko oder seratus.
aku : huh? sure ke saya kak?
k aisyah : betul la. kan ko tepon akak haritu.
aku : ???? erkkk ada ek? takpelah kang saya g ambil tapi nanti kalo ada org call akak tanya kuih dia, suruh dia ambil kat eda k!

dalam hati aku cam.. bila masa pulak aku order ngan k aisyah nie. coklat chip lak tu? muskil, muskil. tak pernah dalam hidup aku oder coklath chip. pas tu setahu aku, aku oder ngan k rab jer kuih tahun nie. hahahahhah konpius betul nie. takpelah aku ambil je la. nanti kalo tetiba ada org claim kat dia aku bagi smula kuih tu.

tolong orang tipu orang

Last week turn balik Temerloh untuk bebuka puasa. Standard la kan... kena balik dua kg tuk bebuka puasa. Semua balik berbuka kali nie sbb tahun nie semua raya rumah mertua n hari raya kedua barulah berkumpul semula di Temerloh. Abah ngan Mummy beraya dengan Syimi je la sbb dia je yg duduk Temerloh n in law dia pon duduk kat area tu gak.

Masa sabtu tu g teman darling g kedai kereta. masa dok tunggu dalam keta tu baru terperasan sebelah kedai keta tu ada kedai judi. hmmmmm yg buat aku bengang tu, yg masuk aku tengok sumenyer org melayu.... islam ke tak tu aku tak tahu la. Dalam masa 20 minit tu dekat 9 orang keluar masuk kat situ. Ada sorang tu pompuan siap pakai tudung lagi ko....

Yang masuk tu kalo muda2 tu aku leh paham la kan tapi nie dah tua @ kertu @ kubur pon dah panggil dah. Pakai selipar, baju lusuh, muka cam tak mandi. Tau arrr dah tengahhari penat puasa kot tapiiiii apa kejadahnya la g masuk kedai judi tu buang duit. Takkan tak tau judi tu haram. dah arr ko cam takde duit je rupanya (nampak luaranlah) g lagi buang duit kat tempat tu. Bukanke lagi baik duit RM5 ko tu g buat beli makanan utk buka puasa nanti? haishhhhh tak paham betul ngan meka nie. Dah tau hidup susah lagi nak menderma kat tokey judi tu.

Masa aku tengok muka dorang nak menulis nombor tu.. perghhhh siap senyum2 lagi. Ada yg tergaru2 kepala la.. ada yg termenung dulu ngalahkan budak nak ambil exam. sakit hati aku nengokkannya. Dalam hati aku.... datanglah org dari Jabatan Agama buat serbuan masa tu.. biar padan muka dorang nie. sakit betul hati aku nie.

Monday, August 30, 2010

soping soping

Arghhhh patah kaki rasanya harinie. tadi g soping ngan darling kat OU. beli baju raya untuk anak2 tersayang n sedikit untuk darling. awal dowh sampai.....before 10am dah ada kat parking jusco. tak banyak pilihan kat jusco OU nie. after 2 hour ++ settle sume. my damage almost 1K. oklahkan untuk keluarga terchenta.

lepas tu g subang airport pula sbb ternampak banner jualan gudang kat situ. arghhh dah arr paneh, barang2 pulak mcm tah pape. bosan. beli satu seluar slack for capik. tu je. dah balik.

hmmm nanti nak g jalan TAR la nak g beli tudung pulak.

Thursday, August 19, 2010

Kantoi

Bulan puasa nie memang produktiviti adalah menurun
nak buat kerja pon macam malas jer
so... jika anda bosan dan takde mood nak buat kerja
sila
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAIN GAME
syiokkkkkkkkkkkkkkkkkk

Wednesday, August 18, 2010

Cerita yg dah lepas

Banyak benda nak tulis dalam nie tapi
cam masa tu tak mengizinkan je.. eheeee
haritu masa KSMB buat karnival kat lobby bank,
terbeli 2 buah buku nie



Belum berkesempatan nak baca lagi huhuhuhuhu....................

tapi memang aku nak baca buku nie

nie beberapa xtvt sebelum puasa haritu yg tak sempat nak cite kat sini.... bz lah katakan :p


The Mill, Jln Bukit Bintang




Chilis, Bangsar Shopping Centre



Makan Durian At Kg Pandan


Thursday, August 12, 2010

ramadhan datang lagi

dah 2 hari mengjalani ibadah berpuasa
baru harinie berkesempatan nak ucap
SELAMAT BEPUASA
sayang
anak-anak
mak & abah
mummy & abah
ahli keluarga
kengkawan
serta semua umat Islam seluruh alam ini
semoga puasa kita lebih baik
dari tahun sebelumnya

Friday, August 6, 2010

aku marah nie

Lama giler tak hupdet blog nie... bzbzbzbzbzbzbz...

tapi harinie aku curi gak masa nak update
sebab hati aku panas
aku nak meradang jer harinie
mungkin sebab aku lapar sebab tak makna paper lagi dari pagi
menyebabkan kemarahan aku yg level 1 trus naik level 5..
aku dah banyak kali bertolak ansur ngan korang..
skali aku ikut rules trus korang sentap..
aku nak jaga periuk nasi aku gak
kalo aku tak kesian dah melambak korang nyer LC
tu pon tak tau berterima kasih lagi
ok im done with uol
just wait next week
on the dot i will draw the line
c who got more power...

Thursday, July 15, 2010

night at Tawakal

yuhuuuuuuu bersiaran dari room 727-1 hospital Tawakal Kuala Lumpur.....

semalam wina admitted kat Tawakal selepas deman yang tak kebah2 since last friday. siang okjer minah nie.. tapi bila malam... mulalah demam sampai kepagi. tak tido malam ummi dibuatnya.

so semalam ambil surat reference dari doc rozita utk refer ke hospital. bak kata puan bulat doc shiela kat tawakal ok..... so g lah sana..... errrr jngn tanya why tak g damansara specialist ya....

nak review pasal bangunan baru tawakal nie ngan staff2 dia? errkkkkk takper la kot sbb buat hati den peneh yo...... :(

bilik dia ok la... dapat twin bed jer sbb single room takde kosong. hmm agak bising sedikit la sebab adik kat sebelah nia agak hyper.... tak henti2 bercakap + menjerit ... sabar yolah.

tadi doc dah datang n tunjuk filem xtray wina.... ada jangkitan kat atas paru2 kanan & bawah paru2 kiri. hmmmm apatah namanya phnomonia ke pe tah... tapi adalah bunyi dia camtu sikit2.
Lepas puas me"remind" nurse kat situ yg we all nak single room.. akhirnya dapatlah itupon dah pukul 10 malam.

C my sofa bed? sakit badan tau tido kat situ... miss my katil:(
punyalah bosan duduk sini tapi budak kecik nie tak macam orang sakit pon kan? dok main je kejenya


eheeeee bosan giler weiii duduk sini. sofa bed dia tak best eheeeeeee. cepat arrr sembuh wina, ummi nak balikkkkk

Wednesday, June 30, 2010

Baby@Latipah Wed

On 25th June haritu, anak k lang yg ke-3 melangsungkan perkahwinannya. yang no.1 & 2 masih belum nak kawin so adik jalan dulu. kahwin dengan orang dekat jer...keramat Au2. Me macam biasa sponsor kek :p
Friday lepas sembahyang jumaat nikah, sabtu majlis kat umah k lang n ahad majlis kat keramat. Alhamdullillah semua berlansung seperti yg dirancangkan.






me, k lang, mak, ayong, k teh & k chik


tunggu May next year pulak ada satu lagi majlis camgini kat umah k teh pula. erkkk yg nie kena kumpul duit banyak sikit...