BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year

Selamat menyambut tahun baru... 2011. Dah masuk tahun baru pon, rasa macam baru jer masuk tahun 2010. Hmmmm banyak benda yang sepatutnya dah settle tapi masih tertangguh, banyak azam yang dicita masih tidak berjaya dilaksanakan. Arghhh senangnya menganyam azam tapi nak melaksanakannya adalah agak sukar eheeee :P

Apa azam tahun baru korang sume??? Aku? eheeeee bolehtak kalo nak kata aku bawakje azam tahun lepas yg belum terlaksana tu ke tahun nie....

Sambutan tahun baru tahun nie agak seronok jugalah. Jumaat dapat cuti free sbb Harimau Malaya menang..... ingat malam new year nak lepak Dataran Merdeka tapi.... hotel sume penuh... argggghhh orang2 nie tak balik kg ke cuti panjang nie. akhirnya aku ngan darling decide nak bawa the brood g The Curve je.... dekat. Lagipon nak duduk Royale Bintang.. tinggal bilik yang mahal je :(. Pukul 9 mlm we all keluar rumah konon2 nak dapat parking kat tepi jalan so senang nak balik.. tapi nan ado.... masa sampai tu dah penuh dah tepi jalan... jam giler lak tu. iskkkk awal betul dorang nie datang. Last2 parking kat basement Curve. Orang dah ramai dah masa tu walaupon baru pukul 10 malam. Ohoooo ada concert rupanya, kenapa aku tak tau ek? hahahahahahahaha
Aku dapat tempat kat sebelah stage tu.... bising, panas tapi pengalaman la untuk budak2 nie.
berdiri kat tepi tu sampailah countdown kul 12. letih giler tapi Tomok hensem weiii eheee.
Lepas tengok bunga api sume tu..... mulalah bersesak nak balik pula.... nak keluar parking punyalah jam. sampai rumah dah pukul 1.30 pagi.

Balik basuh apa yang patut and tido. Penant giler seyyyhh. Korang tengok bunga api tak? Aku tau ada kawan aku yang tak celebrate tahun baru kekononnya :P

0 tinggal jejak: