BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 28, 2011

Door Sign

Baru-baru nie ggirl aku letak tido kat bilik sendiri
Dah darjah 3 dah.. takkan nak tido bawah ketiak je lagi kan
so last weekend aku ngan darling kemas la bilik belakang
pasang katil sume lah.. ikut susunan yg dorang nak
Tapi.....
Sejak kena tidur kat bilik sendiri nie...
macam2 pantang larang dorang buat
Siap ada Tol Sign lagi
v
v
v
Depan pintu bilik boys
Depan pintu bilik ggirl

erkkkk nampak tak ggirl eja siapa mcm mana? hahahaha

Wednesday, January 19, 2011

Unit berunifom

Bila dah start sekolah.. mulalah aku pening kepala
Petang semalam balik je dari opis.. ggirl ngan haziq kata esok
ada kokorikulum badan berunifom
so takyah g sekolah agama pagi
xtvt start pukul 10.20 sampai pukul 12.00
hmmmm tak sempat balik rumah la kalo mcm nie
sbb Haziq start kelas petang pukul 12.40
hmmmmmmmmmm?
terpaksalah bekalkan dorang dengan food for their lunch sbb kalo
suruh g beli kat kantin sure takmo punya
menu senang.... nasi goreng kg with nugget.
Dah la pagi tadi terlewat bangun.. hadoyaiiiiiiii kelam kabut dibuatnya
nak masak nasi goreng.. goreng nugget & buat bekal roti kaya untuk darling
fuhhhhhhh nasib baik sempat....
Haziq masuk Persatuan Bulan Sabit Merah
Wani & Wina Masuk Puteri Islam (cikgu yg tentukan)
hahahahhaah ggirl bengang sebab tak dapat masuk pengakap
Puteri Islam kena pakai kain pink eheeeeeee
so malam tadi g la ke kedai kat SU Mall tu tuk beli uniform
ramai dowhh makpak malam tadi dok beli uniform anak masing2
mahal gak.... aku beli 2 helai tshirt Puteri Islam, 2 helai kain pink,
2 helai tudung pink & 1 helai tshirt PBSM cost me RM99.30
perghhhhhh berpeluh gak la nak bayar. Tu tak jumpa lagi seluar putih Haziq.

Sesungguhnya awal2 tahun nie memerlukan poket yg tebal kerana
banyak uwang yang perlu dikeluarkan bagi keperluan persekolahan anak2....
apa2 sahaja lah untuk anak2, semua akan ummi&papa turutkan

Friday, January 14, 2011

Awana

Baru masuk 2011 dah kena g Team Building (3d2n)
Rasa macam baru je g Tb kat Lanjut haritu
This round rasa mcam tak hapening je sbb
nan ado geng sengal yg g.....
This round TB buat kat Awana Genting
hmmmm dekat je but ada gak yg berhati gusar
nak melepaskan cinta hati dia pergi.... :P
My officemate sume g naik kereta... car pool kaedahnya
so takyah naik bus.. i loikeeee
Aku(lamp post) naik keta Ee Ming dengan Ilyana & Wong (lamp post)
Stanley satu keta ngan Serena & Jason
Fairuz g ngan Din n budak audit
Musim hujan.... sejuk
sure kat Awana pon sejuk nie...
winter coat? hahahahahahaha


Nanti balik baru upload gambar k.....(kalo rajin)
AdioS.....

Wednesday, January 12, 2011

Sedetik Lebih....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year

Selamat menyambut tahun baru... 2011. Dah masuk tahun baru pon, rasa macam baru jer masuk tahun 2010. Hmmmm banyak benda yang sepatutnya dah settle tapi masih tertangguh, banyak azam yang dicita masih tidak berjaya dilaksanakan. Arghhh senangnya menganyam azam tapi nak melaksanakannya adalah agak sukar eheeee :P

Apa azam tahun baru korang sume??? Aku? eheeeee bolehtak kalo nak kata aku bawakje azam tahun lepas yg belum terlaksana tu ke tahun nie....

Sambutan tahun baru tahun nie agak seronok jugalah. Jumaat dapat cuti free sbb Harimau Malaya menang..... ingat malam new year nak lepak Dataran Merdeka tapi.... hotel sume penuh... argggghhh orang2 nie tak balik kg ke cuti panjang nie. akhirnya aku ngan darling decide nak bawa the brood g The Curve je.... dekat. Lagipon nak duduk Royale Bintang.. tinggal bilik yang mahal je :(. Pukul 9 mlm we all keluar rumah konon2 nak dapat parking kat tepi jalan so senang nak balik.. tapi nan ado.... masa sampai tu dah penuh dah tepi jalan... jam giler lak tu. iskkkk awal betul dorang nie datang. Last2 parking kat basement Curve. Orang dah ramai dah masa tu walaupon baru pukul 10 malam. Ohoooo ada concert rupanya, kenapa aku tak tau ek? hahahahahahahaha
Aku dapat tempat kat sebelah stage tu.... bising, panas tapi pengalaman la untuk budak2 nie.
berdiri kat tepi tu sampailah countdown kul 12. letih giler tapi Tomok hensem weiii eheee.
Lepas tengok bunga api sume tu..... mulalah bersesak nak balik pula.... nak keluar parking punyalah jam. sampai rumah dah pukul 1.30 pagi.

Balik basuh apa yang patut and tido. Penant giler seyyyhh. Korang tengok bunga api tak? Aku tau ada kawan aku yang tak celebrate tahun baru kekononnya :P