BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 14, 2010

hati saya sayu...

hmm semalam hantar mak ngan abah g check up kat pusrawi. mak dah ok dah. kesan operation kat mata dia dah baik. but abah nyer problem semakin teruk. every 5 to 10 min kena g kencing sebab dia mengalami masalah kencing tak lawas.

lepas doc periksa ngan buat ultraound sume, doc kata kat buah pinggang abah ada batu +-2.5cm. besar dowhhh. lepas tu saluran prostat abah semakin mengecil menyebabkan air kencing tak boleh keluar habis n sakit. kesian betul tengok abah. dah lah jalan pon pakai tongkat pastu kena g toilet banyak kali pulak. sebabkan batu karang tu kencing abah dah bercampur darah.

selepas perbincangan dengan doc, aku dan abg yus ambil keputusan tuk buat operation buang batu karang ngan kikis saluran prostat abah. mana tahan tengok abah asyik macamtu. kesian sangat sebab dia dah tua.. dah 85 tahun.




tapi...... kosnya adalah RM10k!!!!!!!! huwaaaaaa mana nak cari duit banyak nie. memanglah adik beradik ramai tapi suma ada masalah dorang sendiri. walau macamana sekalipon semalam dah bincang ngan abg yus... we all akan usahakan juga sampai dapat n ahad nie pukul 5 ptg abah akan tetap masuk ke wad di pusrawi n monday morning tetap akan menjalani pembedahan tu.

mungkin nie hikmahnya aku tak g KK.... n tak gatal nak ikut g Bandung.

moga Allah memberi ruang n mempermudahkan kami tuk menyelesaikan masalah nie. amin.

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

p/s abah kuarkan duit RM1k dari beg dia. dia suruh pegang n buat tambah2. lepas dia masuk bilik, aku dengar dia nangis. mak kata abah nangis sebab duit yg dia simpan tu utk buat beli kain kapan dia nanti dah takde.... huwaaaaaaaaa hati den sangat luluh

0 tinggal jejak: