insyaallah abah akan keluar hospital harinie.... ambil EL sebab mak ada kat rumah.
ok nak keluar g hospital, nak ambil abah n hantar g rumah k cik. abah kata nak berehat lama sikit kat kl. me takleh nak jaga abah coz saya bekerja.
ok hmm tak sempat nak jumpa adik2 yg nak g bandung tu. hope hadik2 akak happy n jangan lupa jaga diri bebaik. SELAMAT BERSOPING......
Wednesday, April 21, 2010
2DAY entry....
perahan otak adikmanis at 9:01 AM 0 tinggal jejak
Thursday, April 15, 2010
you find a special friend;
Someone who changes your life
just by being part of it.
Someone who makes you laugh
until you can't stop;
Someone who makes you believe
that there really is good in the world.
Someone who convinces you
that there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is Forever Friendship.
perahan otak adikmanis at 9:40 AM 0 tinggal jejak
Wednesday, April 14, 2010
hati saya sayu...
hmm semalam hantar mak ngan abah g check up kat pusrawi. mak dah ok dah. kesan operation kat mata dia dah baik. but abah nyer problem semakin teruk. every 5 to 10 min kena g kencing sebab dia mengalami masalah kencing tak lawas.
lepas doc periksa ngan buat ultraound sume, doc kata kat buah pinggang abah ada batu +-2.5cm. besar dowhhh. lepas tu saluran prostat abah semakin mengecil menyebabkan air kencing tak boleh keluar habis n sakit. kesian betul tengok abah. dah lah jalan pon pakai tongkat pastu kena g toilet banyak kali pulak. sebabkan batu karang tu kencing abah dah bercampur darah.
selepas perbincangan dengan doc, aku dan abg yus ambil keputusan tuk buat operation buang batu karang ngan kikis saluran prostat abah. mana tahan tengok abah asyik macamtu. kesian sangat sebab dia dah tua.. dah 85 tahun.
tapi...... kosnya adalah RM10k!!!!!!!! huwaaaaaa mana nak cari duit banyak nie. memanglah adik beradik ramai tapi suma ada masalah dorang sendiri. walau macamana sekalipon semalam dah bincang ngan abg yus... we all akan usahakan juga sampai dapat n ahad nie pukul 5 ptg abah akan tetap masuk ke wad di pusrawi n monday morning tetap akan menjalani pembedahan tu.
mungkin nie hikmahnya aku tak g KK.... n tak gatal nak ikut g Bandung.
moga Allah memberi ruang n mempermudahkan kami tuk menyelesaikan masalah nie. amin.
"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."
p/s abah kuarkan duit RM1k dari beg dia. dia suruh pegang n buat tambah2. lepas dia masuk bilik, aku dengar dia nangis. mak kata abah nangis sebab duit yg dia simpan tu utk buat beli kain kapan dia nanti dah takde.... huwaaaaaaaaa hati den sangat luluh
perahan otak adikmanis at 8:54 AM 0 tinggal jejak
Monday, April 12, 2010
sepatutnya sudah berada di ........
hmmmm setahun telah berlalu dan akhirnya hari yg ditunggu menjelma juga. Kota Kinabalu sepatutnya kujejaki harinie bersama keluarga terchenta tapi........ mengapa aku masih disini... di opis yg penuh dengan AA's yg bertimbun?
huwaaaaaaaaaa sedey weii. sian ngan anak2. dorang dah xcited dah. lama tunggu tapi bila dah tiba masanya tak dapat g lak. mesti Allah ada sebab utk tidak memberikan ruang aku ke KK. mungkin tiada kebaikan yg akan diperolehi jika aku kesana. nak ikut g bandung pon dah tak boleh sebab tiket dah mahal. songot betulla
since tak jadi g oversea... cayang telah berjanji utk bercuti disemenanjung sahaja bagi merawat kelukaan hati isterinya ini. eheeeeee berjaya...
perahan otak adikmanis at 12:02 PM 0 tinggal jejak
Sunday, April 11, 2010
Outing day
harinie pergi 1Utama.... pukul 10 dah sampai parking. giler awal. tapi yg penting parking adalah sangat banyak. i likeeee. tujuan utama adalah untuk memenuhi tuntutan anak2 yg mahu menonton wayang gambar. hmmm actually dah lama the broad ajak g tengok movie tapi memandangkan ummi ngan papa mempunyai banyakkkkk kerja utk diuruskan dihujung minggu maka aktiviti utk menonton asyik sahaja ditunda.
dan akhirnya, we all telah berjaya mendapatkan tiket utk menonton cerita org menjinakkan naga. alhamdulillah rezeki anak2. gambar? jangan tanya.eheee
pukul sepuluh di 1Utaman... manalah aku nak cari sarapan nasi lemak? pusing2 akhirnya cayang ambil keputusan untuk makan nasik lemak di kfc. eheeee agak2lah kan. sarapan di kfc kita. tapiiii sangat menyedihkan... nasi lemak yg diidamkan oleh anak2 sudah habis. ramai sangatkah org makan nasi lemak kat kfc nie?hmmm malas den nak pikir. akhirnya rezeki kami pagitu adalah sarapan orang putih n the 2 boys adalah sangat sentap kerana tak dapat nasi lemak.
lepas movie ingatkan adalah harapan utk dapat mencaras poket cayang tuk sehelai dua baju.....nan ado. balik. singgah lunch di kota damansara. Ayam kg yg tak berapa kick... oklah juga alhamdulillah.
on the way balik tetiba cayang ajak singgah kat bdr sg buloh. hmmm seperti yg dijangkakan, 'us' telah merembat 1 aircond tuk menggantikan yg rosak kat bilik we all. this round ambil yg 1.5hp. eheee berangan arr nak selubung bawah selimut sampai ke pagi. bil elektri? takyah pikir sebab bukan den yg bayar...
petang masak tuk dinner----> ayam lomak cili api, ikan bilis cili api n sup sayur. semua happy sebab perut dah kenyang. im done.
okeh. nak g gosok baju n nak tido.
perahan otak adikmanis at 10:54 PM 0 tinggal jejak
Friday, April 9, 2010
testing lagi skali
perahan otak adikmanis at 11:43 AM 0 tinggal jejak
Thursday, April 8, 2010
Motion-Clock-3
Get a motion clock and more at Blixy.com!
Aku nak benda kuar kat tepi... pesal lak dia kuar kat dalam nie....
hadoyaiiiii
perahan otak adikmanis at 3:51 PM 1 tinggal jejak