BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 28, 2010

GGIRL BUFDAY

HAPPY BUFDAY MY DEAR WANI & WINA
DAH GENAP 8 TAHUN DAH UMUR KORANG
UMMI SAYANGGGG SANGAT NGAN KORANG
MOGA WANI & WINA AKAN MEMBESAR
MENJADI ANAK-ANAK YG BAIK
DAN YANG MENDAMAIKAN HATI UMMI


Tuesday, September 21, 2010

HaNbAg

Darling......
tadi I g KLCC kan...
I ternampak handbag nie kat satu kedai tu...
Cantikkkk sangat dekat mata I....
Tak mahal .. sebab u taukan I tak suka beli barang mahal
Dekat 10 minit i dok belek beg tu tadi..
Kalo ikutkan hati, I dah beli dah tadi
Tapi...
I nak minta izin u gak sebelum beli
So sempena anniversary kita yang ke-12
apa kata U hadiahkan I beg nie jer..
Takyah lah emas permata sume tu
Kalau U bagi I beg nie, I dah berbesar hati dah
Leh la yer Darling.......




Ummi nak ayam masak kuah kuning....

haziq sangat suka makan masak lemak cili padi.
kalo boleh tiap hari nak lauk tu jer.
takde isi pon takpe asalkan ada kuah kuning.
so since raya belum ada lagi masak lauk kuah kuning nie, maka
dengan cekal n gagahnya semalam ummi pon masaklah lauk
kegemaran haziq nie. minggu nie dia g sekolah agama jer sebab
sekolah kebangsaan masih cuti sempena UPSR.
ggirl je hantar g umah baby sitter, haziq duduk rumah sbb syafiq
tak sekolah, so dia g sekolah agama naik basikal.
lunch harinie kira dah settle untuk dorang...
syafiq takyah g beli food for lunch.
hasil lepas berhempas pulas masak malam tadi
kuah kuning ayam kesukaan haziq

sambal tumis udang untuk syafiq
sebab syafiq dah boring makan kuah kuning ;p
erkkk malam nie nak masak apa lak ek?
idea... idea... idea...

Tuesday, September 14, 2010

happy anniversary

12hb september 2010 merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yg ke-12 tahun. Baru sekejap je rasanya melayari bahtera rumahtangga..... Bermacam-macam rintangan dan dugaan dah dilalui. Pahit manis sume dah ditelan. Anak pon dah ada 4.
Ya Allah, kau limpahkanlah kepada kami kurniaan mu serta janganlah kau pisahkan kami sehingga kehujung nyawa kami...

Thursday, September 9, 2010

Balik Kampung ooooo Balik Kampung

Balik kampung ooooo balik kampung ..... hati riangggg
yehaaaaa sekejap lagi saya mau balik kg.
Tahun nie menyambut hari raya bersama ibubapa terchenta
baju --------> done
kueh raya -----------> done
langsir baru untuk mak --------> done
tudung ----------> done
kasut ---------- done




erkkkkkk 5 buah beg untuk 6 orang...... ok kan? taklah banyak kan?
Rasa-rasa muat tak bonet keta wira aku nie? Padahal nak balik 5 hari jer......
tak sabar betul nak balik nie, windu pada kampung halaman

cepatlah pulang suamiku...... kampung halaman sudah melambai-lambai
ku pulang

Wednesday, September 8, 2010

udah udah la tu

syawal bakal menjelma.... segala persiapan sudah selesai. tahun nie 2 kali g melawat jalan TAR. ramai giler orang. beli barang pon aku tengok macam murah jeeee. ngeri den. semalam g cari tudung kat jln TAR. penat giler. masuk Ariani kengkonon nak beli tudung sarung yg berkaler-kaler tapi tak jumpa lak yg berkenan dihati. puas dok membelek kat gerai2 tu tapi tetap tak jumpa gak. malas dah aku. last aku strai g bawal xclusive. beli je kat ctu sume. selesai. terbang RM175. belasah jer laaa pakai baju plain ngan tudung plain. lepas tu g Sogo cari baju tuk abah lak... hampir terlupa baju orang tua tu. kat Sogo pon ramai betul orang ingatkan dah kurang sebab sekolah dah start cuti tapi lagi ramai rasanya. lepas dapat baju abah g cari pakaian dalam pula.. nie wajib beli setiap kali nak raya.. eheee tak tahulah apa kaitan dia. kat Sogo habis RM204. lepas tu ingat nak g cari selipar raya.... takdo yg berkonan la pulak. penat dah... balik opis sebab dah hampir 3 jam bersoping eheeeeeee




harinie ingat takmo keluar dah sebab penat semalam tak hilang lagi tapi Izan call kata nak jumpa lak.... nak bagi duit raya tuk bebudak katanya (nak minta maaf la tu sbb banyak dosa ngan aku) ehee. lepas borak lebih kurang trus aku hangkut dia g Mydin skali cari selipar raya. hasilnya

.
.
.
.
.
v

taraaaaaa inilah selipar raya den. eheeeeee sangat jimat. kurang dari budget. so darling i keep the change ek!!!!

Izan pon terbeli gak selipar yang sama tapi takpe sbb dia raya Ipoh tahun nie. so selesai sudah persiapan raya den. esok nak balik kg. dah. semoga selamat sampai ke kg esok. windu dah nak berkumpul ngan yang lain. tahun nie abg yus ngan abg dang takde. sob sob sob....

SELAMAT HATI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, September 3, 2010

TERIMA KASIH ALLAH
DENGAN LIMPAHAN REZEKI YANG KAU
TURUNKAN PADAKU DAN KELUARGA KU
SESUNGGUHNYA KAU
MAHA MENDENGAR
&
MAHA MENGASIHI

Thursday, September 2, 2010

kueh.... kueh... kueh

mari mari mari kuih raya sudah mari.... eheeeeee giler arrr. aku rasa kuih raya aku oder sikit jer tapi tetiba cam banyak lak hahahahahha. smalam dah dapat separuh kuih dari k rab. ehhh yg dalam kotak tu bukan saya punya.... yg tu tempeyek Emma punya.




Dalam pukul 9 tadi tetiba k aisyah call..
k aisyah : " Eda, kuih yg Eda oder tu dah sampai!"
aku : aku?????? bila pulak aku oder ngan ko nie kak?
k aisyah : iyerla nie aku tulis Eda nie nama ko lah kan?
aku : errr kuih apa tu? orang tak ingat arrr
k aisyah : kuih coklat chip la.. ko oder seratus.
aku : huh? sure ke saya kak?
k aisyah : betul la. kan ko tepon akak haritu.
aku : ???? erkkk ada ek? takpelah kang saya g ambil tapi nanti kalo ada org call akak tanya kuih dia, suruh dia ambil kat eda k!

dalam hati aku cam.. bila masa pulak aku order ngan k aisyah nie. coklat chip lak tu? muskil, muskil. tak pernah dalam hidup aku oder coklath chip. pas tu setahu aku, aku oder ngan k rab jer kuih tahun nie. hahahahhah konpius betul nie. takpelah aku ambil je la. nanti kalo tetiba ada org claim kat dia aku bagi smula kuih tu.

tolong orang tipu orang

Last week turn balik Temerloh untuk bebuka puasa. Standard la kan... kena balik dua kg tuk bebuka puasa. Semua balik berbuka kali nie sbb tahun nie semua raya rumah mertua n hari raya kedua barulah berkumpul semula di Temerloh. Abah ngan Mummy beraya dengan Syimi je la sbb dia je yg duduk Temerloh n in law dia pon duduk kat area tu gak.

Masa sabtu tu g teman darling g kedai kereta. masa dok tunggu dalam keta tu baru terperasan sebelah kedai keta tu ada kedai judi. hmmmmm yg buat aku bengang tu, yg masuk aku tengok sumenyer org melayu.... islam ke tak tu aku tak tahu la. Dalam masa 20 minit tu dekat 9 orang keluar masuk kat situ. Ada sorang tu pompuan siap pakai tudung lagi ko....

Yang masuk tu kalo muda2 tu aku leh paham la kan tapi nie dah tua @ kertu @ kubur pon dah panggil dah. Pakai selipar, baju lusuh, muka cam tak mandi. Tau arrr dah tengahhari penat puasa kot tapiiiii apa kejadahnya la g masuk kedai judi tu buang duit. Takkan tak tau judi tu haram. dah arr ko cam takde duit je rupanya (nampak luaranlah) g lagi buang duit kat tempat tu. Bukanke lagi baik duit RM5 ko tu g buat beli makanan utk buka puasa nanti? haishhhhh tak paham betul ngan meka nie. Dah tau hidup susah lagi nak menderma kat tokey judi tu.

Masa aku tengok muka dorang nak menulis nombor tu.. perghhhh siap senyum2 lagi. Ada yg tergaru2 kepala la.. ada yg termenung dulu ngalahkan budak nak ambil exam. sakit hati aku nengokkannya. Dalam hati aku.... datanglah org dari Jabatan Agama buat serbuan masa tu.. biar padan muka dorang nie. sakit betul hati aku nie.