Akhirnya, berjaya gak aku masukkan gambar kejadian-kejadian yang berlaku kebelakangan ini. Mungkin kerna emosi aku kurang stabil bak kata mulat... menjadikan aku sedikit rajin untuk mengupdate blog nie.
Banyak giler moment-moment pahit manis masam kelat yang berlaku kebelangan nie.... Memang lumrah dunia agaknya. Takkan asyik nak gumbira je kan... takkan asyik nak bahagia je kan... Hidup pasti ada pasang surutnya.
OK. nie gambar masa aku ngan geng sengal g holiday sehari ke Pulau Lagenda, Langkawi. Percutian yang dirancang setahun yang lalu akhirnya berjaya juga dilaksanakan walaupon tanpa sorang lagi taukey besar yg
demam pada saat akhir. takpe2.... plan B dah ada!!!!!:D
Ce tengok muka2 gumbira nie... walaupon memasing keluar rumah seawal 4.30 pagi, muka tetap ceria, semata2 untuk memenuhi agenda xtvt geng sengal. Subuh pon subuh la... bergambar tetap xtvt wajib. We all ambil penerbangan pertama ke Langkawi so kena ada kat LCCT by 6.30 pg.
Dah jumpa tempat duduk memasing.. kena posing gak. lepas tu barulah meneruskan xtvt bebas iaitu "TIDO".. tapi aku yang memang susah nak tido nie dok pusing kiri kanan jelah tengok orang n awan putih kat luar. Perjalanan agak kurang lancar dimana awan agak tebal dan cuaca agak tidak baik. Keadaan yang sedikit bergegar membuatkan aku terpaksa mengontrol diri dengan memegang tangan fazila.. hehehehehehe. tapi masa dalam flight tu dorang nie asik gelak kan aku jer.. konon2 la aku takde smartphone.... kejadian2 yang menyayat hati menjadikan aku tajuk utama untuk ditertawakan sampai seminggu.... sadiskan kawan2 ku nie!!!!!!
Sampai je terus call abang kereta sewa. semua dah kebuluran tahap dewa dah. tak sabar nak g cari kedai makan. We all booking Inova tapi dapat Serena for RM150 per day. oklah kot. Keadaan dalam kereta yang selesa. Saksikan muka2 kelaparan... hehehehehe
Driver yang sangat memahami.....Farah. Teror minah nie. Walau kemana we all nak pergi n dimana nak berhenti.. dia tetap patuh mengikut arahan tanpa keluhan..... TQ Farah!!!!! Lap U
Gambar2 kedai sume takde. heran gak aku. pesal takde satu pon gambar masa kat kedai? Ohh tengok tu, baru setengah hari bersoping barang dah sentak sampai kaki. Tu sume hasil rembatan k ton, yg pada awalnya kata takde apa nak beli kat Langkawi.. tapi aku rasa setengah haritu dia je yg membeli... we all yang lain tengok je
"JANGAN PULANG TANPANYA" itu trademark kat kedai gamat nie. Gamat merupakan barang wajib beli bagi Dzu, so kita berhenti kat satu kedai gamat nie yang ada replika botol gamat besar kat depan dia. Iskkkk kat kedai gamat niepon ada yang bersoping sampai RM100++.....
Ce tengok penuh tak penuhnya kereta dengan barang? Baru setengah hari!!!! heheheheh gilerlah. Lepas memborong di Hj Ismail & Idaman Suri dan semua kedai kat pekan Kuah tu...misi mengisi perut bermula. We all patah ke Pantai Chenang sebab Farah kata ada kedai nasi campur yg sodap kat sana. Apa namanya pon tak ingatlah tapi betul2 berdepan dengan Under water tu. Food dia sedap & harga dia agak munasabah.
Lepas makan....... pusing smula ke Pekan Kuah. Hehehehehehehe gigih kan we all sume. Tak puas lagi soping kaedahnya.
Gambar helang nie takleh miss... gambar wajib kalau g Langkawi.
Dah puas round2 jeti..... & dah takde apa dah nak soping, semua dah dapat apa yang dihajati, melepak pula kat dalam baskin robin. melepaskan penat lelah bersoping dengan makan eskrim secara berjemaah. (sebenarnya nakkan tempat beraircond je)
Masa singgah di Masjid untuk solat jamak....k eton yang konon2nya takde apa nak beli kat Langkawi endup sampai tak cukup beg nak letak barang. tengoklah tu.... terpaksa beli beg baru yang warna merah tu dan tumpang lagi sikit barang kat beg Dzu...... hahahahahaha takde nak soping sangattttt la ye k ton!!!!!
Okeh semua orang dah puas hati dengan hasil rembatan memasing, ada kuali, periuk, corelle, vision, frame, tuala, selimut, kain batik, kaftan & coklat. Beg pon sume dah kemas dah.
Sebelum pulang.... we all singgah dulu di tepi pantai berdekatan dengan airport. huhuhu ada orang xcited dengan laut.....
Nak merasa laksa power yang sering diwar2kan oleh mereka yang ke Langkawi nie. Sedap sangat ke?
Ada rojak, cendol & air kelapa juga.
Menikmati makanan ditemani ombak....huhuhuhu siokkkkkk BUT food dia so so je (pada aku la)
Sampai LCCT .... xtvt mengumbah beg bermula. hahahahhahahah. semua nie angkara masing2 tak cukup beg untuk meletakkan barang. Dayah pon beli satu beg troli kat sana. hehehehe.